Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah terbongkar
apabila kanak-kanak yang dikenali sebagai Sianturi ditemui terapung dalam sawah semalam di kampung Aman Aceh tenggara.
Lebih memilukan apabila mangsa ditemui dalam keadaan
bogel manakala kepalanya di tutup dengan menggunakan beg pelastik serta tangannya terikat.
Mangsa dipercayai di rogol sehingga maut sebelum mayatnya
dibuang ke dalam kolam berkenaan, andaian tersebut ternyata betul kerana berdasarkan hasil bedah siasat mendapati kemaluan dan dubur mangsa mengalami luka koyak.
Tidak jauh dari lokasi mayat turut ditemui seluar dalam mangsa
yang penuh dengan percikan darah, kata AKBP Trisno Riyanto kepeda pemberita.
Kronologi:
Mangsa yang berkulit cerah dikatakan telah hilang pada Selasa petang, perkara tersebut hanya disedari oleh ibunya yang baru balik dari majlis kenduri kahwin tidak menemui anaknya di rumah.
Beliau cuba menunggu selama 1 jam sebelum keluar mencari anaknya itu, setelah tidak berjaya menemui anaknya itu barulah dia kemudiannya mengadukan kejadian tersebut kepada ketua kampung.
Orang ramai turut mencari mangsa dengan menggunakan pembesar
suara namun pencarian tersebut terpaksa di tunda keesokan harinya kerana hari sudah gelap.
Mayat dijumpai
Pada keesokkan hari mayat mangsa telah ditemui pada jam 8 pagi oleh
seorang pekerja sawah dalam keadaan bogel serta tangan terikat.
Menurut saksi kejadian, Iyan yang merupakan penduduk setempat berkata dia sempat
melihat mangsa melintasi kebun jagung menuju rumahnya, selepas itu Iyan tidak lagi
melihatnya.
Bagaimanapun menurut AKBP Trisno Riyanto berkata bahawa dia telah mendapatkan maklumat dari empat orang saksi, hasil siasatan kami di tempat kejadian mangsa dipercayai dirogol di dalam semak,sebelum mayatnya di seret kedalam kolam.
Mangsa dibunuh dulu baru dibuang kerana paru-paru mangsa
tidak mengandungi banyak air , katannya.
- Meter Jambu ;