Tuesday, April 4, 2017

Wanita Ditahan Selepas Kekecohan Di Tiong Bahru Plaza, Singapura


SINGAPURA: Seorang wanita berusia 45 tahun ditangkap setelah beliau membuat kecoh di sebuah kedai di Tiong Bahru Plaza (3 Apr 2017).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden tersebut sebelum pukul 10.00 malam dan menambah siasatan sedang dijalankan.

Satu rakaman video sepanjang 5 minit 40 saat menjadi viral di laman Facebook dan sudah ditonton lebih satu juta kali.

Wanita itu, yang jelas kelihatan marah, boleh dilihat memekik-mekik ke arah kakitangan kedai cermin mata Owndays malah memukul dua daripada mereka dan meminta mereka mencari gelangnya.

Orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu serta pengawal keselamatan mencuba menenangkan keadaan namun wanita itu terus-menerus menyumpah seranah kakitangan kedai.

Video Rakaman Insiden Tersebut Di Bawah



- Meter Jambu