Friday, April 7, 2017

[ Video ] Amerika Syarikat Serang Syria


Amerika Syarikat dah lancar serangan peluru berpandu terhadap Syria.

Sudah pastinya ia diarah oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Serangan mensasarkan sebuah pangkalan udara Syria sebagai tindak balas kepada kerajaan Presiden Bashar Assad selepas didakwa melakukan serangan senjata kimia.

Menurut pegawai Amerika Syarikat, lebih 60 peluru berpandu Tomahawk dilepaskan dengan mensasarkan dua kapal perang di Laut Mediterranean serta pangkalan udara yang dikawal kerajaan Syria.

Ia merupakan markas utama dalam melancarkan serangan kimia sebelum ini.

Serangan ini adalah yang pertama di bawah pentadbiran Trump selepas beliau menyatakan akan mengambil tindakan jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal memainkan peranan selepas Syria melancarkan serangan kimia yang mengorbankan kira-kira 80 orang orang awam, 27 daripadanya adalah kanak-kanak.

Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson berkata, Presiden Bashar Assad tidak lagi mempunyai hak untuk mentadbir Syria selepas serangan kimia itu.

Tillerson turut mengeluarkan amaran kepada Rusia agar "berhati-hati" dengan sokongannya terhadap kerajaan Assad.

Video Lihat Di Bawah



- Meter Jambu