Tuesday, April 4, 2017

4 Remaja Dicekup Baling Batu Kearah Kenderaan Di Lebuhraya


Pihak polis telah berjaya menahan empat remaja dipercayai membaling batu ke arah kenderaan di Kilometer 96.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Sungai Lalang ke Gurun dekat Sungai Petani.

Ketika ditahan, remaja-remaja berkenaan sedang bersembunyi di bawah jejantas di laluan berkenaan sebelum bertindak membaling batu ke arah kenderaan yang lalu di lebuh raya itu kira-kira jam lima petang.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, perlakuan remaja-remaja yang masing-masing berumur 14 tahun dan masih bersekolah itu disedari orang awam yang lalu di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada peronda lebuh raya.
“Maklumat diterima daripada orang awam yang memaklumkan kepada pihak peronda arah selatan ada kejadian membaling batu ke arah kenderaan. 
“Mereka kemudian menahan di tempat kejadian empat suspek dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, “ katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

- Meter Jambu