Ini kerana akibat amanah yang tidak terlaksana ramai wanita yang kematian suami atau ibu tunggal hidup merempat kerana hilang tempat bergantung dan tidak dipedulikan ahli keluarga yang sepatutnya membantu mereka meneruskan kehidupan.
Semoga status yang mendapat hampir 20 ribu perkongsian ini memberi kesedaran bukan saja pada wanita tapi kepada golongan lelaki atau wali akan tanggungjawab besar yang terpikul di bahu mereka.
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu.
Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak.
Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai kalangan kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan.
Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki. Tanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.
Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Berdasarkan Kisah Benar Isteri kematian suami
Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yang kematian suami.
1. Semasa hidup si mati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja utk anak buah walaupun semuanya kerja bagus.
2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak kesampaian kerana dia meninggal dulu.
3. Simpanan dalam bank si mati ada dalam RM10 ribu, sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Si mati selalu memberitahu isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak taklah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si isteri dan anak-anak.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan dua org anak perempuan.
6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang tentang harta si mati kononnya si mati akan terseksa dlm kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Si mati tiada anak lelaki, so harta-harta si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.
8. Tak sampai seminggu meninggal, datanglah adik beradik arwah bertandang ke rumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradiknya.
9. Paling memilukan dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh si balu dgn anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka beri dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10. Nak cari mana RM150 ribu? Nak tak nak terpaksa balu keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak dgn jumlah yg si balu dan anak anak dapat mustahil untuk mencari rumah baru.
Waris Lesap Lepas Dapat Bahagian Masing-masing
Bermula lah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini. Bukan saja si balu, malam anaknya pun bekerja selepas balik sekolah untuk menyara diri sendiri.
Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya tak kesampaian. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.
Walaupun berhak pada harta si mati tapi tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul. Jangan ambil agama itu separuh, separuh utk kepentingan sendiri.
Ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati - tempat tinggal /pakaian/makan minum.
Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik-adik kita, suami kita, anak-anak kita dari bersifat kejam begini.
Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah si mati menyediakan nafkah utk anak si mati.
Kalau Tidak Diambil Peduli, Menanggunglah Di Akhirat Kelak
Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yg kena menanggung orang-orang di bawahnya. Kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan diberi juga kepada adik beradik si mati?
Jelas, Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjawab si wali utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
INGAT YA! Dpt pembahagian harta si mati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.
- Meter Jambu ;