Thursday, March 30, 2017

Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Nora Danish Dan Nedim Nazri


Pada 30/03/2017 Sekitar jam 8.37 malam tadi, pelakon Nora Danish akhirnya sudah sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri dengan dua kali lafaz selepas 3 tahun bercinta.  Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah bertempat di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur secara tertutup.

Nora dan Nedim dinikahkan oleh jurunikah Khairul Asyraf Ahmad dan pengantin perempuan turut menerima mas kahwin berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Kedua-duanya tampak segak dan anggun dalam persalinan warna putih.
Untuk pengetahuan semua, busana yang dipakai oleh Nora adalah daripada koleksinya sendiri, Owl By ND.

Pasangan ini berharap perkahwinan yang dibina kali ini dapat berkekalan sehingga akhir hayat dan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan lagi cahaya mata selepas ini.

Jom lihat foto sekitar majlis akad nikah Nora dan Nedim dibawah











Meter Jambu ;